Saturday, December 18, 2010

I-LIFT......program pendidikan untuk anak kesayangan anda di TADIKA MANHAL-HPA

Ke mana halatuju pendidikan anak-anak kecil kita?

Agak jarang kita bertemu dengan orang Islam yang berminat dengan Pendidikan Islam awal kanak-kanak (1 - 6 tahun), maksud saya orang yang mengkaji apakah sistemnya yang benar-benar menepati kehendak al-Quran dan as-Sunnah, apa halatujunya dan bagaimana perlaksanaan yang paling tepat yang dapat membuahkan hasil dan mencapai matlamat. Tidak dinafikan, semua kita yang ada anak mengambil berat menghantar anak-anak ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau seumpamanya. Namun berapa ramai dari kita yang berminat mengambil tahu apa yang diajarkan kepada anak-anak kita di TASKA atau TADIKA itu. Apa sistem yang dipakai dan apa halatujunya. Bagaimana pula akhlak dan syakhsiah guru-gurunya? Kita ingin melihat anak-anak kita menjadi Muslim yang soleh, namun kita tidak serius menyediakan landasan untuk anak kita menuju ke arah itu. Apakah dengan hanya keinginan, cita-cita kita menjadi kenyataan? Sudah tentu jawapannya; tidak. Anak yang soleh tidak akan lahir melainkan dengan kesungguhan ibu-bapa menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak termasuklah memastikan Pusat Asuhan atau Pusat Didikan terbaik yang menepati tujuan yang ingin dicapai untuk anak kesayangan kita, dan seterusnya memilih sekolah-sekolah terbaik (bagi peringkat rendah dan menengah). Apabila telah sampai di peringkat tinggi (diploma atau ijazah), ia bukan lagi pilihan ibu-bapa tetapi kebiasaannya pilihan anak itu sendiri.

Saya bertuah kerana dapat mengikuti sesi pembentangan oleh Tn Hj Nasaruddin, Pengasas Madraasah Alwahidah yang berpusat di Kuantan, Pahang (Sabtu, 10.30 - 11.30, di Dewan MANHAL Aman Jaya, Sg Petani). Beliau mrmbentangkan program pendidikan untuk anak-anak awal usia (dari umur setahun hingga seterusnya) yang diasaskan oleh beliau sejak 1997 yang diberi nama I-LIFT. I-LIFT adalah singkatan bagi;

I Islamization of Knowledge
L Learning Through Play / Experiment
I Integrative Learning
F Five Senses Stimulation / Enchancement
T Total Child Development

Mengamati pembentangan beliau, saya dapat melihat ke mana program pendidikan beliau ingin membawa anak-anak kita, iaitulah kepada makrifatullah ALLAH (mengenal Allah). Anak-anak diasuh untuk mengenal, membaca, menulis, mengira, berfikir kreatif, namun itu hanyalah wasilah untuk sampai kepada hadaf yang menjadi tujuan sebenar pendidikan iaitu mengajar mereka mengenal Allah dan mengetahui tujuan hidup. Sebagai contohnya, dalam aktiviti mengesan benda-benda yang bermula dengan huruf tertentu (A, B, C dan sebagainya); dalam buku kerja kanak-kanak yang biasa, arahan yang diberikan ialah; "Cari benda-benda di bawah yang bermula dengan huruf C dan warnakan". Namun dalam buku kerja ILIFT, arahan berbunyi; "Cari benda-benda di bawah yang bermula dengan huruf C dan warnakan dengan warna merah bagi yang diciptakan Allah dan dengan warna biru bagi benda buatan manusia". Jadi arahan ini walaupun nampak biasa, akan tetapi ia telah dimasukkan unsur mengenal Allah Maha Pencipta.

Meletakkan matlamat pendidikan "untuk mengenal Allah", itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh Islam. Kita semua mengetahui bahawa ayat pertama turun kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengajak manusia mengenal Allah. "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Ia mencipta manusia dari 'alaq..." (Surah al-Alaq, ayat 1). Dari ayat-ayat al-Quran yang berjumlah 6000 lebih, ayat ini dipilih oleh Allah menjadi ayat pertama. Apa isyarat yang ingin disampaikan oleh Allah kepada kita? Tidak lain ialah; pengajian atau pendidikan hendaklah dimulakan dengan mengenal Allah.

Perkara lain yang menarik dari program I-LIFT ini ialah penekanan kepada pemahaman al-Quran sejak anak-anak di awal usia. Biasanya di mana-mana Pusat Asuhan atau Didikan anak-anak diajar hanya untuk membaca al-Quran. Jarang sekali diajar untuk memahami al-Quran secara serius dengan alasan mereka masih kecil. Kalau adapun hanyalah sekadar menghafal terjemahan surah-surah paling pendek di hujung al-Quran. Tetapi dalam sistem I-LIFT asuhan untuk anak-anak memahami al-Quran amat dititik-beratkan. Malah pembelajaran al-Quran disusun merangkumi semua aspek penghayatan al-Quran;
1. Keimanan kepada Quran
2. Membaca al-Quran
3. Beramal dengan al-Quran
4. Tabligh (Dakwah kepada al-Quran)

Program Pendidikan I-LIFT inilah yang ditawarkan oleh MANHAL-HPA bagi pengajian peringkat Pra Sekolahnya (TADIKA MANHAL-HPA). MANHAL-HPA kini menawarkan pakej pendidikan yang menyeluruh untuk semua peringkat umur merangkumi Pra-Sekolah (TADIKA MANHAL-HPA), Rendah (Sekolah Rendah MANHAL-HPA), Menengah (Sekolah Menengah MANHAL-HPA) dan Pengajian Tinggi (Kolej MANHAL-HPA). Buat masa ini TADIKA MANHAL-HPA hanya beroperasi di Bandar Laguna Merbok, Sg Petani. Tuan-tuan/puan-puan yang berminat menghantar anak atau ingin mengetahui lebih lanjut, sila hubungi Pengurusnya En Takhiyudin (017-2256170).

5 comments:

  1. asalmmualaikum....
    macam mane nak daftar?
    and if anak saya berumur 3 tahun....
    macam mane penjagaan and waktu sekolahnya?????
    =>
    syukran buat sekolah macam ni...

    ReplyDelete
  2. 1. Sila hubungi En Takhiyuddin (Pengurus TADIKA-MANHAL): 0172256170
    2. TADIKA operas dari jam 8.00pg hingga 12.00 tgh. KAFA dari 2.30 hingga 5.30 ptg.
    3. Buat masa ini umur penerimaan: dari 4 tahun hingga 15 tahun.

    ReplyDelete
  3. salam...
    tahniah n syukur krn dah ada pendidikan awal kanak2 yg menerapkan unsur2 islam mcm ni...nak tanya, bila nak buka manhal utk kanak2 di simpang ampat, seberang perai selatan, penang? HARAP DPT MEMPERTIMBANGKAN HAL INI SECEPAT YG BOLEH....nk hntr ke sana jauh la pula...terima kasih...

    ReplyDelete
  4. Insya Allah, akan diusahakan. Terima kasih atas sokongan.

    ReplyDelete
  5. salam...
    tahniah ustaz.. Alhamdulilah sy berasa selesa dengan keadaan pembelajaran yg kondusif mcm nih.. adakah terdapat peluang pekerjaan di pusat pengajian ini, untuk sy yg menganggur?

    ReplyDelete