Hari ini berlangsungnya Program Pelapis PJS di Dewan Omar Mokhtar. Program dijadualkan selama 2 hari (14 Dan 15hb). Perasmian dilakukan oleh Pengarah Urusan Hpa (Tn Hj Ismail). Di antara perkara menarik disentuh oleh beliau dalam ucapannya;
1.Jgn bersama HPA kerana terperangkap atau kerana tiada pilihan lain. Bersiap sedia untuk bersama HPA ketika senang dan susah.
2. MLM satu kerjaya yang sangat profesional. Bekalan; ilmu perniagaan yang tinggi.
3. Jangan focus kepada kopi sahaja untuk target jualan tinggi. Cari keunggulan lain dari produk-produk HPA terutama yg berasaskan herba. Antaranya produk dari herba Thib Nabawi antaranya;
- Habbatus Sauda
- Minyak Zaitun
- Madu
4. Wujudkan suasana baru dalam MLM HPA; pengedar terutamanya wanita tak keluar malam untuk menjalankan program MLM. Memadai waktu siang sahaja. Malam adalah untuk keluarga dan Ibadah.
Dalam tulisan ringkas ini saya ingin menulis sedikit tentang ilmu. Untuk berjaya dalam apa bidang sekalipun yang kita ceburi, selain dari usaha dan kesungguhan kita juga memerlukan ilmu. Ilmu suatu yang hebat sebenarnya. Jika tidak tentunya Allah tidak akan menyebutkan; hanya orang yang berilmu sahaja yang takut kepadaNya. Begitu juga, orang berilmu berada dalam darjat lebih tinggi dari orang beriman tanpa ilmu. Berdasarkan pengalaman saya yang terlibat secara langsung mengkaji MLM dan memerhati perjalanannya, saya mendapati MLM merupakan suatu mekanisme yang cukup berkuasa untuk mewujudkan pasaran yang besar bagi sesuatu perniagaan. Apatahlagi jika sistem tersebut disyariahkan (yakni menjadi MLM Syariah atau MLMS), akan bertambahlah kekuatannya. MLM bukanlah suatu sistem yang haram pada zat atau ainnya. Maka jika unsur-unsur yang dilarang Syarak dibuang darinya jika ada (seperti riba, gharar, penipuan, ghabn dan sebagainya) akan kembalilah ia kepada harus dan halal. Ia seumpama baju yang terkena najis, selesai dicuci bersihlah baju itu dan haruslah kita memakainya walaupun sebelumnya bernajis.
Namun untuk berjaya dalam MLMS HPA, para ahli, pengedar dan leader hendaklah mengharunginya dengan ilmu yang mantap dan sempurna. Menurut ulamak-ulamak Islam, istilah ilmu bermakna mengetahui sesuatu dengan menepati apa yang sebenarnya. Jadi, hakikat ilmu ialah mengetahui yang benar dan tujuan mencari ilmu ialah untuk kita mengetahui apa yang benar supaya kita dapat beramal dan bertindak dengan benar. Apabila pengetahuan kita benar dan disusuli pula dengan Amal Dan tindakan yang benar, kita pasti Akan beroleh kejayaan. Apa yang kita ingin capai pasti akan menjadi reality, insya Allah. Pada pengamatan saya, senarai ilmu yang perlu dimiliki oleh ahli-ahli HPA untuk berjaya dalam MLMS HPA ialah;
Ilmu tentang Allah Tuhan ar-Razzaq
Ilmu ibadah; am dan khusus (bagaimana menjadikan perniagaan satu ibadah?)
Ilmu Perniagaan syariah
Ilmu MLM Syariah (aqad-aqad dalam MLMS)
Ilmu adab dan akhlak peniaga muslim
Ilmu tentang konsep dan tujuan harta menurut Islam
Ilmu tentang halal dan haram dalam Islam
ilmu tentang herba dan thib nabawi
Ilmu pengetahuan Produk
Ilmu tentang misi dan visi HPA
Ilmu plan pemasaran HPA
Ilmu strategi perniagaan
Dan sebagainya lagi.
Apa yang saya senaraikan hanya sebahagian sahaja. Pencarian ilmu bagi seorang Muslim yang ingin berjaya tidak pernah ada hadnya. Begitu juga tempoh mencari ilmu juga tidak pernah berhenti pada satu-satu masa. Kerana itu, dalam satu riwayat ada disarankan "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat". Untuk melaksanakan saranan ini, ahli HPA perlu menjadi pencinta ilmu yang setia. Hadirilah majlis-majlis ilmu yang dianjurkan; KPJ, PBC, PIC, Kursus Sijil Herbalis, Kursus MLM Syariah, Kuliah-kuliah ilmu di HPAiC, dewan-dewan cawangan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment